hai haiiiiii u'all,, buat apa tu? jangan sakit2 arr,, sihat selaluuuuu... smileeeeee 😊😊😊.... semoga hari2 kamurang berjalan dengan lancar dan gembira!!!! yeaaaaaaahhhhhhh 💃💃
Semua orang mesti syok kan, bila cakap pasal kerja.. pegang duit dengan usaha sendiri.. macam tu lah juga akuuu,,, kita sama tapi tidak serupa 😜 .. okeii,, habis ja sa krusus scaffold 2 bulan, sa terus jadi "Job Hunter" .. apaitu? hm,, jadi pencari kerja yang tersangat2 rajin... kira macam tu laba kali kan maksud nya, haha.. sa search di google, di jobstreet, di fb dan macam2 lagi.. kan sekarang zaman canggih, di hujung jari seja bah.. tapi, hakikatnya susah juga.. huhuh..
Alhamdulilah, rezeki Allah tidak boleh di sangkal lagi.. Berkat doa ibu bapa, adik beradik dan kawan-kawan .. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang mendoakan baik2 untuk sa, moga berbalik doa yang baik2 tu untuk kamu semua . Aamiin
07 Feb 2018 adalah tarikh bermulanya kerjaya yang sebenar sebagai Scaffolder Supervisor untuk projek Highway SPE Duke 3, syukur diberi peluang.. Seriously, bukan senang bagi kaum wanita menceburi pekerjaan dalam bidang scaffolding ni.. Lagi2 lah baru scaffolder asas (level 1), selalunya kalau dapat kerja pun kebanyakan nya jadi pemasang.. actually, time tu sebenarnya sa belum berdaftar dengan http://mykkp.dosh.gov.my/ (DOSH) lagi.. Sa cuma bawa testimoni sijil yang dikeluarkan oleh ABM Sabah sahaja masa tu. tapi tu lah kan, rezeki.. Alhamdulilah 😢
hhmmmmm,, first time bah sa jejak kaki di Kehel tu.. site sa di Kehel bah,, ingat cincai kah.. hahaha.. gurau2 gaiss, bukan riak arr... hehe. sebenarnya sebelum ni memang pernah sudah pegi semenanjung, setengah tahun juga bah.. tapi bukan di Kuala Lumpur, tapi sana di Perak. Sana my kakak bekerja dan suami dia pun orang ipoh, jadi sa ambik peluang la untuk menjalankan praktikel di JKR Perak Darul Ridzuan masa ambik Diploma dulu, sa bahagian projek khas SUKMA 2018.. Macam2 kenangan, yang penting di sana sa belajar banyak perkara.. nda apa lah, yang lepas biar lah lepas.. move on and keep positive laaa..
![]() |
| First time tahu apa tu tool box, yang di bagi oleh abang Safety kacak, Mamu |
![]() |
| First time juga bagi briefing dengan workers, communicate dengan warga asing (bangladesh) |
Amacam gambar di atas,, boleh kenal sa mana satu juga kan? haha.. senang seja tu kenal, saturang perempuan seja.
hmm,, bukan senang mau senang.. masa ni sa saturang seja scaffolder sini.. sudah lah fresh, tiada sifu lagi... naaaaaa,, ini kali lah.. 2 minggu joo sentiasa round site.. hahah.. kalau dari gambar tu, boleh nampak sun burn nya. tapi ndapa laa... bila kita mahu sesuatu benda tu, kita kena usaha kan?? jadi bersusah-susah dahulu, in shaa Allah pasti mudah lah kemudian.
kalau cerita perjalanan sa sampai KL macam mana,, sedih juga lah.. hahah.. tapi bagi sa semua tu keseronokan, nanti sa share juga.. jangan risau.. sebab bagi sa, kalau ko mau kenikmatan tu.. kau kena rasa kepahitan, kesakitan.. sebenarnya, itu yang buat kau kuat and bertindak dengan lagi profesional.
Dengan first time kerja, dengan first time berkomunikasi dengan orang asing yang memang tiada jumpa di sabah.. cuma ada di semenanjung seja (bangladesh), dengan tiada yang langsung sa kenal, dengan sa saturang seja perempuan yang slalu masuk site jumpa workers... Apa perasaan kamu klau di tempat sa masa tu?? haha.... tapi anggap itu cabaran, kalau kau suka benda tu dan kau yang sendiri mau benda tu.. kau mesti bertanggungjawab atas apa2 risiko yang berlaku.. sebab?? sebab kau yang mau dan pilih jalan tu! itu sa punya prinsip,, ndatau lah pula kalau kamurang.. hehehe
bah,,, kasih share pula pandangan kamu.. boleh komen di bawah, sama ada setuju dengan cara sa atau ada pendapat lain.. sa mengalu-alukan dan menerima dengan hati yang tulus dan terbuka... aisehmennnnn 😉😉😉
So,,, continue later gaissss.. love u'all,, baibaiiiiiiiiiii 😘😘😘


No comments:
Post a Comment