23 Nov 2019

Cer my Job,, as a Scaffolder

hai haiiiii u'all,, apa khabar kalian? lama oo sa barihat typing,, hehe .. ok,, i'am back gituhhhhhh ... cewahhh,, haha...

continue dari post before this, dari first time rasa kerja yang betul2 kerja.. Makin hari, makin banyak benda baru and banyak ilmu yang sa dapat.. sedar nda sedar,, itu lah sebenarnya pengalaman yang paling bernilai untuk value diri bila keluar di tempat lain. jumpa pelbagai ragam manusia, politik kerja, macam-macam karenah yang kau perlu hadap hari-hari .. yang penting, be profesional bosskuu.. jangan emosi lebih, nanti boleh ganggu prestasi kerja dan paling ketara kau stress sentiasa lah jawab nya.. haha

so, bila tempat baru... kau mesti jumpa kawan baru kan? tapi aku tidak 😢 .. sedih kan,, sudah lah sendiri2.. tiada lagi kawan di tempat baru, kesian hidup.. hahaha ... hmm,,, sokei.. Allah kan ada... cewah, kasih sedap hati la tuuuuuuu.. hahahhaha 😄😄 . emm,, bila kau niat baik.. pecaya lah, Allah akan hantar orang yang baik2 untuk kau... Alhamdulilah,, semua yang sya jumpa.. baik2 orang nya... hehe.. Saya ada genk kebin,, antaranya boss pajira (engineer) , bang shah (surveiyor), mamu (safety), heirul (safety), mat (safety), amir (safety) and zul (supervisor).. ada lagi saturang,, kak farah .. dia ni isteri kepada bang shah, dua orang ni sbgai bang long n kak long kami.. hehe.. dorang semua ni lah genk site aku, dorang juga la family aku, kawan aku and member yang satu kepala lepak membawang bejalan .... macam-macam laaa, hahaha


tu diaaaa,,, first plan kami ke Janda baik... dan menjadi terussss. hahaha..

hmm,,, berbalik dengan job yang saya buat.. Senang seja sebenarnya, yang susah tu sebab orang-orang yang suka menyusahkan. Tapi,biasa lah.. itu lah pengalaman alam pekerjaan, dan benda tu boleh buat kau matang dalam buat sesuatu keputusan. bukan tu seja, kau boleh belajar berkomunikasi dengan lebih profesional untuk kerja-kerja yang kau buat.

Rutin harian aku sama dengan rutin orang kerja di site, awal pagi pergi kerja.. kalau ada tool box, ikut lah berbaris. kalau tiada, every morning before workers yang saya jaga tu akan buat erection or dismantle, saya akan bagi briefing supaya kerja-kerja tu tiada kerja yang dua kali kerja. selain tu, aku akan isi permit untuk scaffold. bagi masuk nama2 workers yang bekerja, lepas tu ambik gambar and update dalam group company... biasa la,,, untuk tunjuk kau buat kerja kan.. so, kena lah buat.. haha.
lepas tu tengok2 workers punya activities ja lah yang berkaitan dengan kerja2 scaffold..

Yapssss,, bila lama-lama... memang boring,, sebab benda yang sama. tapi sebenarnya, benda yang sama tu lah kau akan dapat issu dan hasil yang berbeza. maksud?? maksud nya,,, banyak benda yang kau akan belajar antaranya modify.. Progress yang aku send dalam group whatsapp hari2 tu, mesti compile untuk report bulanan. so, itu lah yang aku buat.

Tapi, kau mesti menyelam sambil minum air.. site tu macam2 benda boleh belajar, dont waste ur life hanya dengan belajar satu benda.. kau kena belajar banyak benda, supaya diri kau bernilai di luar sana. oleh sebab aku pernah study bidang civil engineering, banyak benda aku boleh ambik.. boleh tahu.. terutamanya dengan besi2 sebab buat jambatan ni banyak besi mau di pakai.


ini lah antara team yang buat projek Highway SPE Duke 3, yang ni pacik bawang yang atur.. kami bayar sorang rm60 only.. hehe. yang penting makan-makan.. hahah

So gaisss,,, untuk nasihat bersama.. jangan memilih kerja.. kerja la apa2 seja, biarpun tu bukan bidang yang kau ambik.. kalau kena dengan bidang yang ambil, alhamdulilah dan teruskan smpai habis.. jangan separuh jalan, setiap pekerjaan tu dan setiap tempat kerja tu sentiasa ada kelebihan dan kekurangan. Tapi, untuk kau marketkan diri kau di luar sana, kau kena ada pengalaman.. biarpun tinggi education kau, mesti yang kena tengok tu pengalaman. so, jangan memilih.. teruskan.. Setiap kesedihan, pasti akan ada kegembiraan di penghujung nya.. percayalah.. yang penting, fokus... kuatkan semangat.. dan jangan berhenti untuk belajar sesuatu ... 

No comments:

Post a Comment